Kontrator Kerja Bumiputera

Pemasangan Meter OPC Untuk Kontraktor Kerja TNB

Kursus ini direka untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta mengenai meter dan cara-cara pemasangan dan pengujian meter yang betul mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kursus ini melibatkan cara pengajaran secara teori dan praktikal.
Di permulaan kursus, peserta akan didedahkan dengan jenis-jenis meter dan cara meter berfungsi secara teori. Selepas itu, peserta akan membuat sendiri pemasangan dan pengujian meter di Lab Meter yang disediakan. Ini adalah untuk menambahkan lagi pemahaman dan keyakinan peserta dalam membuat pemasangan dan pengujian meter di stesen kelak.

Pembinaan & Mulatugas Pencawang Elektrik (Kontraktor Kerja TNB)

Kursus ini dirangka bagi memberi latihan teori dan amali kepada kontraktor TNB yang menjalankan kerja-kerja pembinaan pencawang bermula dari keperluan sivil pencawang, pemasangan peralatan pencawang, kerja mengangkut dan memunggah hingga ke proses memulatugas pencawang tersebut dengan jayanya. Keperluan dan peralatan kerja dan bagaimana penggunaannya juga diterapkan dalam kursus ini. Aspek keselamatan bagi setiap bentuk kerja diperincikan bagi membolehkan kerja dilaksanakan dengan Selamat. Penumpuan latihan lebih kepada latihan amali iaitu 80% manakala selebihnya adalah teori dan kajian kes. Kandungan kursus merujuk kepada panduan dan manual terkini berkaitan kerja pembinaan pencawang yang digunapakai di TNB Pembahagian.

Pengurusan Rentis Untuk Kontraktor Kerja TNB (Vegetation Management)

Kursus meliputi aspek-aspek kerja Pengurusan Rentis (VM) yang merangkumi prosedur-prosedur kerja, peraturan-peraturan keselamatan, perlaksanaan kerja dan penggunaan alat-alat untuk kerja-kerja Pengurusan Rentis.
Latihan dijalankan dalam bentuk teori, demonstrasi dan praktikal bagi memastikan pelatih dapat menghubungkait pengetahuan asas dengan kemahiran teknikal agar pelatih mampu menjadi pekerja yang kompeten.

Senggaraan Pencawang (Kontraktor Kerja TNB)

Kursus ini dirangka bagi memberi latihan teori dan amali kepada kontraktor TNB yang menjalankan kerja-kerja senggaraan pencawang bermula dari prosidur memula kerja, senggaraan peralatan pencawang, kerja pengujian peralatan hingga penyediaan format senggaran dengan jayanya berpandukan garis panduan TNB. Aspek keselamatan bagi setiap bentuk kerja diperincikan bagi membolehkan kerja dilaksanakan dengan berkesan dan selamat. Kaedah melaksanakan senggaraan pencawang dan keperluan kerja seperti peralatan dan bahan digunakan antara kandungan kursus. Penumpuan latihan lebih kepada latihan amali iaitu 80% manakala selebihnya adalah teori dan kajian kes. Kandungan kursus merujuk kepada panduan dan manual terkini berkaitan kerja pembinaan pencawang yang digunapakai di TNB Pembahagian.

Sistem Lampu Jalan Untuk Kontraktor TNB

Lampu jalan merupakan komponen pencahayaan yang penting berfungsi menerangi jalan raya pada waktu malam. Kegagalan memastikan lampu jalan dalam keadaan baik mendedahkan kawasan kejiranan kepada bahaya ancaman rompakan serta menjejaskan imej TNB sebagai pembekal tenaga elektrik.
Penglibatan kontraktor dalam kerja-kerja pemasangan dan senggaran sistem lampu jalan TNB perlu diberi perhatian serius dalam aspek kemahiran kerja dan pematuhan spesifikasi agar kualiti kerja yang terhasil terjamin malah mampu bertahan untuk jangkamasa yang sepatutnya.
Justeru latihan komprehensif perlu diberikan kepada pekerja berkaitan dalam bidang ini supaya pemasangan lampu jalan mengikut standard spesifikasi yang ditetapkan serta kerja senggaraan dapat diimplementasi dengan segera disamping tidak mengabaikan aspek keselamatan diri dan tapak kerja.

Talian Atas Voltan Rendah Untuk Kontraktor TNB

Dengan menggunakan kabel bertebat diudara berserta dengan bahan-bahan aksesori yang bertebat sepenuhnya memberi kelebihan dari segi keselamatan terhadap pekerja-pekerja semasa menjalankan kerja dan orang awam yang mungkin menyentuh kabel tersebut.
Pekerja kontraktor perlu dilengkapkan dengan kemahiran kerja yang tinggi agar dapat melaksanakan kerja berkaitan talian atas voltan rendah dengan berkesan, mengikut garis panduan dan spesifikasi ditetapkan seterusnya berhasil mewujudkan pepasangan yang berdaya harap serta mampu bertahan untuk jangkamasa mengikut perancangan.
Kursus ini dijalankan bagi mencapai objektif yang digariskan selari dengan hasrat TNB untuk memastikan bekalan kepada pengguna dapat disalurkan dengan efektif dengan gangguan yang sangat minima justeru mampu meningkatkan imej TNB dikalangan masyarakat.

LISTS OF KKB CARD HOLDERS

VIEW HERE